Kandungan:30 tablets
Keterangan Produk:
MATSA merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains Homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya yang terlibat dengan proses pemikiran Matematik dan Sains.
MATSA mengandungi rumusan dinamik Nux vomica, Calcarea carbonica ostrearum dan Faktor S 200.
Sesuai sangat dengan pelajar yang bengkeng, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat. Kurang tumpuan dan malas.
Faktor S 200 untuk yang mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah rasa kecewa dan putus asa.
Reaksi Matsa
Proses mengira memelukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi. Biasanya apabila kita tidak dapat jawapan yang betul atau payah sangat hendak faham dan menyelesaikan masalah hisab (matematik dan sains) kita mudah putus asa dan menjadi marah. kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap matapelajaran tersebut. InsyaAllah dengan mengambil formulasi MATSA semua ini akan selesai dan anda akan nikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir. MATSA bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses pengiraan, logik dan pemadanan istilah.
Peringatan
Apabila MATSA bertindak mendatangkan perubahan ke arah kecemerlangan minda anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam bentuk ruam atau bisul atau mungkin sedikit sakit kepala atau demam. Jangan bimbang dengan proses pembersihan ini. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan minda menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan mengistilah.
TEORI PERKAITAN MINDA DENGAN KECERDASAN MATEMATIK DAN SAINS
Bagaimana hendak merangsang otak kiri ?
Sejarah Matsa
Dalam tahun 1998, Prof Dr Azizan Hj Ismail telah dijemput menjalankan eksperimen dengan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR di sebuah sekolah kebangsaan di Padang Rengas, Perak. Dengan kebenaran ibubapa dna penjaga, semua murid darjah 6 sekolah berkenaan diberikan makan EXAMO-CKM 500 setiap hari dan EXAMO-CKM 500 Plus setiap minggu sebulan sebelum peperiksaan.
Menurut Ustazah Jamilah Haji Ismail, salah seorang guru yang terlibat dengan projek berkenaan, hasilnya secara menyeluruh terdapat peningkatan keputusan daripada 30% kelulusan tahun sebelumnya, kepada 70%. Prof Dr Azizan kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Beliau hendakkan sesuatu yang lebih meyakinkan lagi.
Oleh yang demikian, apabila beliau mendapat pelawaan untuk membantu murid-murid di sekolah kebangsaan di Mukim Sala, Kedah, beliau terus bersetuju kerana ini akan memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kajiannya. Beliau mendapati ramai juga murid di situ yang agak lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Hal ini dimaklumkan oleh guru dan guru besar sekolah berkenaan. Suatu rumusan khas iaitu MATSA telah disediakan oleh beliau untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kedua subjek tersebut.
Dalam usaha tersebut, 23 orang pelajar telah dipilih daripada kalangan murid yang prestasi paling corot dalam Matematik dan Sains. Mereka diberikan rumusan MATSA yang dibekalkan secara PERCUMA kepada kumpulan murid tadi.
Hasil daripada usaha itu dan kerjasama serta kesungguhan daripada pihak guru dan ibubapa, keputusan sekolah itu meningkat daripada 38.6% pada tahun sebelumnya telah melonjak naik kepada 60.6%. Daripada kalangan 23 murid itu pula, palajar yang lulus subjek Matematik (100%) manakala Sains (95.65%) malahan ada antaranya yang memperolehi pangkat A untuk matematik dan Sains.
Cara Makan:
Diambil bersama EXAMO-CKM500
Minggu 1.................1 biji pagi & 1 biji malam
Minggu 2.................TIDAK PERLU MAKAN
Minggu 3.................1 biji malam
Minggu 4.................TIDAK PERLU MAKAN
Minggu 5.................1 biji 1 kali seminggu
Examo CKM-500
Harga:RM56
Kandungan:450 biji
Keterangan Produk:
EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak.
Rumusan EXAMO-CKM 500 juga mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.
Bagaimana EXAMO-CKM 500 bertindak?
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga yang digunakan maka makin berkuranglah tenaga tersebut. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
Lesu
Lapar
Mengantuk
Sengal otot dan sendi
Lapar dan dahaga
Marah-marah
Tidak dapat meneruskan kerja
Untuk menghilangkan masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.
Bagaimana hendak memulihkan tenaga?
Menurut kajian, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga:
Memberi semangat dan peransang
Beristirehat
Makan dan minum
Memberi Semangat Dan Peransang
Seorang pelumba jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih dan tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai, maka bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga dalam kehidupan kita yang lain.
Beristirehat
Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang dapat dipulihkan.
Makan dan minum
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang digunakan. Apa yang harus dimakan?
Bagaimana pula dengan otak?
Demikianlah pula dengan otak. Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
- Perasaan gementar, cemas dan bimbang
- Bersifat pesimis dan bersikap negatif
- Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
- Selalu letih dan tidak bertenaga
- Sering diganggu kesedihan tidak menentu
- Serabut fikiran dan kelesuan otak
- Lemah daya berfikir dan rasa malas
- Mudah lupa dan rasa jemu
- Kurang daya tumpuan
Seperti mana tenaga fizikal, otak juga perlu dipulihkan melalui:
- Memberi semangat dan perangsang
- Beristirehat
- Makan
- Memberi Semangat Dan Perangsang
Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak. tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan berehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Dr Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann, didapati pada satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindakbalas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
Makan
Sebagaimana tubuh, tenaga otak juga memerlukan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Namun ada pendapat mengatakan kecerdasan akal seseorang bergantung pad bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah SALAH.
KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q ) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam otak.
Prof Pyotr Anokin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akal seseorang.
Menurut penyelidikan beliau, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas adalah otak yang banyak membentuk hubungan atau jalnan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.
Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Bagaimana orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?
Jawapannya: BOLEH
Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan iistimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf kalsium posfat, kalium posfat dan magnesium posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.
Kesan Kegunaan EXAMO-CKM 500
1.Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
2.Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
3.Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan sistem ramisaraf dendrit.
Lain-lain kegunaan
- Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
- Payah tidur
- Migrain
- Lelah
- Kanak-kanak degil
- Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
- Gangguan mimpi ngeri
- Pesakit jiwa atau mental
- Kemungkinan Kesan Ringan (Minor Adverse Reaction):
Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
Pening kepala, tekanan darah rendah
Cara Makan:
Dikemam sehingga cair di dalam mulut.
Bayi (kurang 1 tahun) .................................... 1 biji
Kanak-kanak (2-7 tahun) ................................ 2 biji
Kanak-kanak (8-14 tahun) ............................... 3 biji
Dewasa (15 tahun ke atas) ............................. 4 biji
Minggu pertama .......................................... 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 .................................... 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya ............................. 1 kali sehari