Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Bimbingan Menggunakan Herba Dengan Selamat

Bagaimana cara untuk saya ketahui samada penggunaan herba selamat atau tidak jika saya kurang pengalaman menggunakannya?

Pengetahuan ialah jalan terbaik untuk mengenalpasti keselamatan.

Kebanyakan herba-herba Malaysia masih belum direkodkan mengenai keselamatan penggunaan dan kontraindikasi.

Di negara-negara lain keselamatan dan kontraindikasi penggunaan herba terlah banyak direkodkan. Jika anda memilih untuk menggunakan herba-herba berasaskan herbalisme barat, buku yang baik ialah Botanical Safety Handbook. Buku yang disusun oleh American Herbal Products Asociation ini mengandungi lebih dari 600 jenis herba yang biasa digunakan dan dipreskripsi.

Buku-buku lain yang dicadangkan ialah PDR for Herbal Medicine;Time-Life Drug dan Natural Medicine Advisor, German Commission E Monographs dan buku Herbs Contraindications and Drug Interactions.

Dapatkan bantuan penjagaan kesihatan menggunakan herba dari ahli atau pakar yang bertauliah serta berpengetahuan/berpengalaman dengan selok-belok mengenai keselamatan dan kontraindikasi.

Apakah cara untuk mengelakkan insiden termakan pokok beracun?

Di Amerika Syarikat, 5% dari 10,000 insiden keracunan adalah berkaitan dengan pengambilan tumbuh-tumbuhan beracun. Kebanyakan kes keracunan berlaku apabila kanak-kanak memakan tumbuh-tumbuhan dalam rumah atau di perkarangan rumah.

Ibu-bapa perlu mengenali pokok-pokok yang ditanam samada ia kategori beracun atau tidak. Kanak-kanak perlu dididik supaya elakkan diri dari suka memetik mana-mana bahagian pokok atau dimamah/makan.

Langkah terbaik jika anda dapati sukar untuk mendidik kanak-kanak untuk menjauhi larangan supaya tidak termakan pokok-pokok beracun ialah dengan menanam hanya pokok-pokok hiasan yang tidak beracun.

Tiga jenis tumbuh-tumbuhan:

Makanan: pokok-pokok yang boleh dimakan tanpa kesan keracunan
Ubat: pokok-pokok yang digunakan ketika berpenyakit
Racun: pokok-pokok yang perlu dielakkan sepanjang waktu

Dari semasa ke semasa saya dengar atau baca dari sumber-sumber tertentu bahawa ubatan herba boleh menyumbang bahaya yang serius. Bagaimana saya perlu menanggapi berita-berita seperti ini?

James A. Duke, PhD, seorang ethnobotanis terkemuka yang pernah berkerja mengetuai bahagian tumbuh-tumbuhan di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengumpulkan maklumat berikut iaitu senarai punca dan kemungkinan penyebab kematian (dalam salah satu laman web Dr. Duke):

Herba: 1 dalam 1,000,000
Suplemen: 1 dalam 1,000,000
Cendawan: 1 dalam 100,000
Keracunan makanan: 1 dalam 25,000
NSAID: 1 dalam 10,000
Pembunuhan: 1 dalam 10,000
Kemalangan kereta: 1 dalam 5,000
Pembedahan di hospital: 1 dalam 10,000
Pengunaan ubatan moden secara tidak betul: 1 dalam 2,000
Angiogram: 1 dalam 1,000
Alkohol: 1 dalam 500
Merokok: 1 dalam 500
Ubatan barat (moden): 1 dalam 333 (Journal of the American Medical
Association, 1997)
Kemalangan berpunca dari prosedur perubatan: 1 dalam 250
Jangkitan iatrogenic di hospital: 1 dalam 80
Pembedahan pintasan: 1 dalam 20

Di Amerika Syarikat, seramai 100,000 orang meninggal dunia akibat tindakbalas ubatan terpreskripsi. Secara relatif, peluang untuk mati kerana mengambil ubatan herba adalah kecil.

Dr. James A.Duke menyebut dalam salah sebuah bukunya bahawa jumlah kematian yang kurang dari 100 di Amerika Syarikat berpunca dari pengambilan herba adalah kerana terumatanya cadangan yang tidak sempurna atau terlebih dos secara sengaja.

Selain kematian kebanyakan ubat-ubatan moden dipercayai membebankan fungsi hati untuk mendetoksifikasi. Penggunaan jangka-panjang memberikan kesan ketoksikan hati yang boleh mengubah pelbagai jenis tindabalas biokimia dalam tubuh. Adlaah dipercayai separuh dari ubat-ubatan moden yang tersenarai dalam buku Physicians’ Desk Reference boleh meneyebabkan keracunan hati (hepatotoxic).

Apakah langkah-langkah berhati-hati yang perlu diambil ketika menggunakan herba?

Semua jenis bahan-bahan yang digunakan untuk perawatan mempunyai kesan kepada tubuh samada ia ubatan sintetik, herba, herba dengan kepekatan penanda terpiawai (herbs with standardized marker), atau fitokimia-fitokimia yang telah diasingkan.

Di Amerika Agensi Dadah Kebangsaan (FDA) menganggar bahawa 140,000 penduduk Amerika terbunuh dan beratus ribu menanggung kesan sampingan setiap tahun berpunca ubat-ubat yang mendapat kelulusannya. Kesan-kesan sampingan termasuk tubuh memberi reaksi negatif samada sementara atau tidak boleh berkurang walau pun setelah berhenti.

Sesetengah herba boleh bertindak seperti di atas tetapi jumlahnya sangat kecil. Menurut Dr James A. Duke gen anda lebih sesuai menerima sebatian-sebatian kimia terkandung dalam herba dibandingkan dengan ubat-ubatan sintetik.

Adakah selamat mengambil herba dalam dos yang besar?

Sukatan yang dicadangkan berbeza antara satu tradisi dengan tradisi yang lain. Perubatan Tradisional China adalah antara sistem yang secara tradisi mencadangkan dos yang besar diikuti oleh Perubatan Tradisional Ayurvedik.

Perubatan tradisional Melayu pun mencadangkan sukatan yang besar terutama jika kita ambil contoh ubatan herba yang diambil dalam bentuk rebusan.

Perubatan herba barat antara sistem perubatan yang mencadangkan dos yang agak sederhana.

Oleh itu sukatan samada besar atau sederhana atau kecil secara relatif bergantung kepada preskripsi dari sudut tradisi tertentu.

Kesimpulannya, oleh sebab pemerhatian secara empiris (secara praktikal) dari segi sukatan dilakukan oleh pengamal-pengamal tradisi yang berbeza, yang mana sukatan yang biasa diamalkan menimbulkan hasil terapeutik yang dikehendaki tanpa kesan sampingan, maka sukatan yang dicadangkan oleh setiap tradisi adalah julat paling atas yang tidak perlu dicontohi.

Sesuatu tradisi tidak perlu mengikuti teknik sukatan tradisi lain kerana setiap tradisi mempunyai herba-herba tersendiri. Melampaui dos yang biasa digunakan dalam satu-satu tradisi mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.

Pada pandangan saya hanya Pengamal-pengamal yang mahir yang telah menguasai ilmu herbalisme pelbagai jenis tradisi boleh mencadangkan sukatan berdasarkan silang-tradisi iaitu membentuk sukatan-sukatan yang unik untuk kes-kes tertentu.

Sesetengah individu memang didapati boleh mengambil sukatan yang lebih besar.

Bagaimana seseorang boleh mengalami kesan yang lebih buruk ke atas keadaan kesihatan yang sedang dialami setelah mengambil ubatan herba?

Jawapannya tidak. Pertama mungkin pemeriksaan yang dilakukan tidak tepat oleh itu herba yang dicadangkan bukanlah herba untuk merawat keadaan kesihatan yang sebenar. Jika pemeriksaan memberi indikasi keadaan kesihatan sebenar tetapi herba yang diambil tidak sesuai dengan keadaan yang dialami.

Pesakit juga mungkin mengalami pelbagai masalah fisiologi lain yang tidak dikenalpasti. Keadaan kesihatan boleh berubah dari beberapa minggu mengambil preskripsi yang memerlukan herba yang diambil juga perlu disesuaikan dengan keadaan kesihatan yang baru.

Oleh itu pada keadaan tertentu akan didapati seseorang akan mengalami reaksi yang menyebabkan keadaan kesihatan menjadi lebih buruk setelah mengambil ubatan herba sepanjang tempoh yang dicadangkan.

Interaksi Herba dan Ubatan Moden

Sesetengah herba boleh meningkatkan atau merendahkan kesan ubat-ubatan moden yang anda ambil.

Minyak zaitun, halia, bawang putih adalah antara herba yang berupaya membantu meredakan tekanan darah tinggi.

Secara umum, jika anda tahu herba-herba yang anda meningkatkan kuasa sesuatu ubatan moden yang anda ambil, anda tidak perlu berhenti terus-menerus berhenti dari mengambil herba-herba tersebut. Apa tah lagi jika anda sudah tahu kelebihan menggunakan herba, anda boleh mengurangkan sukatan ubatan moden yang anda ambil disamping terus mengambil ubatan herba dengan sifat terapeutik yang serupa.

Walau bagaimana pun elakkan dari membuat keputusan sendiri. Paling baik, dapatkan pandangan doktor (terutama yang yang telah menguasai ilmu ubatan herba dengan baik) untuk mempertimbangkan dari sudut kebaikan dan risiko.

Adakah doktor perubatan moden juga mengpreskripsi herba?

Jawapannya ya. Ia dilakukan oleh doktor-doktor di seluruh dunia.

Adakah doktor perubatan moden mahir dengan pengetahuan herba?

Ia bergantung setakat mana pengetahuan yang dipelajari oleh doktor. Jika mereka belajar farmakognosi, jenis-jenis herba dengan kandungan dikaitkan dengan sifat teraputik, indikasi dan kontraindikasi maka setakat itu sahajalah yang mereka ketahui.

Teknik pengamalan herba tersebut lebih mirip sepertimana mereka mengpreskripsi ubat-ubatan moden. Kebanyakan masa dan keadaan ia kurang mengambil berat mengenai holisme atau penjagaan kesihatan secara holistik.

Doktor-doktor hanya akan mengamalkan penjagaan kesihatan secara holistik jika mereka mengambil kursus-kursus herbalisme profesional seperti ditawarkan oleh pelbagai jenis kolej dan universiti tertentu.

Ilmu selok-belok penggunaan herba dengan gabungan seni dan sains serta kefahaman penjagaan kesihatan secara holistik hanya difahami dan dimiliki oleh pakar-pakar herba atau pakar-pakar perubatan alternatif lain antara lain seperti pakar naturopath dan pakar nutrisi holistik.

Bimbingan yang Perlu dipatuhi untuk Menggunakan Herba

Sebelum menggunakan herba untuk membantu meredakan keadaan kesihatan yang dialami atau memulihara kesihatan:

--Bincang dengan individu yang mendapat pendidikan sempurna dalam bidang herbalisme.
--Bincang dengan doktor atau herbalis jika anda sedang mengambil sebarang ubatan moden.
--Baca label dengan cermat.
--Baca mengenai sesuatu jenis herba sekurang-kurangnya dari dua sumber yang berbeza.
--Elakkan dari percaya dengan khasiat penyembuhan ajaib.
--Ikut cadangan sukatan yang diberikan. Kuantiti yang banyak tidak semestinya lebih baik. --
--Mulakan dengan sukatan yang sederhana dan jika diambil untukjangka panjang tingkatkan sukatan dengan mengikut panduan/cadangan dan keperluan.
--Beri perhatian pada kontraindikasi sebagai langkah keselamatan. Sestengah persekitaran klinikal dan arahan bertulis kurang menyatakan kontraindikasi sesuatu jenis herba, oleh itu anda perlu berusaha menjalankan kajian sendiri dengan bertanya atau membaca.
--Apabila sedang mengambil herba, beri perhatian kepada perkembangan dan tindakbalas. Berhenti jika anda mengalami kesan-kesan sampingan.
--Jika anda mengalami kesan tindakbalas yang serius kerana mengambil herba dapatkan perhatian doktor.

Herbalis Bahrain, RH (AHG) ialah seorang herbalis profesional bertugas sebagai jurunding nutrisi holistik, pendidik, penulis, kolumnis.

Artikel di ambil dari herbalisme.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails