Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Pengasas-Genius Xtra Mind & Soul

Teknologi AFTL diasaskan oleh seorang anak watan iaitu Dr. Mohd Yusoff Hussin (M.D). A.M bersama isteri beliau Pn. Hjh Salmah Hamsah kini merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang berani mengambil tanggungjawab untuk membantu orang ramai dalam membantu dan memberikan panduan bagaimana untuk menyelesai masalah hidup supaya kehidupan menjadi lebih bererti dan sekali gus mampu menjadi insan yang cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.


Profile Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D.(A.M)

Beliau telah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia di Jabatan Naval Intelligent selama 23 tahun dan jawatan terakhir beliau semasa perkhidmatannya adalah Leftenan Comander.

Semenjak usia 17 tahun lagi beliau mempunyai minat dan telah mula menjalankan kajian mengenai metafizik dan pemerharian terhadap kuasa alam. Berkat minat dan kesungguhan beliau akhirnya setelah 30 tahun mengkaji beliau berjaya menemui AFTL Energy atau Alhayat Faster Than Light Energy.

Semasa dalam kajiannya beliau telah berguru dengan ramai guru tempatan dan luar negara untuk mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan tenaga iaitu 'Extra Sensory Perception' dan ilmu-ilmu perubatan alternatif yang jarang-jarang di ketahui ramai. Beliau juga sangat mahir dalam penguasaan Terapi Hydro, Radionic Practitioner, Acupuncturist, Reiki Master dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan tenaga alam.

Beliau menerima penganugerahan Medical Doctor Alternative Medicine M.D. (A.M) daripada Open International University dalam pengkhususan Perubatan Alternatif pada 24 Januari 2004.
Related Posts with Thumbnails