Selain dari memberi perawatan penyakit ianya bertindak sebagai perubatan pencegahan [ preventive medicine]. Kaedah perawatannya ialah menguatkan immun tubuh badan untuk melawan penyakit dan sekali gus berusaha menyembuhkan penyakit sehingga ke akar umbi. banyak negara didunia mengamalkan sistem perubatan ini seiring dengan perubatan biasa.
Orang-orang yang mengamalkan sistem perubatan ini terdiri dari: Kerabat Di Raja Britain termasuk Baginda Queen, Princess Diana, Tina Turner, Mahatma Gandhi, Dizzy Gillespie, Tony Blair, Elizabeth Talyor, Bismarck, Babara Cartland, Mark Twin, Tuan Guru Nik Aziz, Susan Hampshire.
Definasi - Definition
Homeopathy adalah satu sistem perubatan semulajadi yang berpandukan prinsip ' Similar Similibus Curentur ' atau keserasian yang membawa maksud ' Ubat jika dimakan diwaktu sihat akan mengeluarkan gejala penyakit - ubat yang sama dapat menyembuhakn penyakit yang mempunyai gejala yang sama seperi ujikaji dalam bahasa Inggeris dikenali ' Let Likes be Treated by Likes'
Asal Usul - Origin
Homeopathy diasakan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810. Kalau dikaji dengan teliti banyak persamaan perawatan ini dengan teori perubatan greek, unani dan Ibnu Sina. Mungkin kombisai dari perubatan tersebut Sanuel Hahnemann telah menulis pertama kali kaedah perubatan ini pada tahun 1810 atas judul " Organon of Art of Healing"
Homeopathy cepat merebak diseluroh Europa yang amat terkenal di England, France, Italy, Belgium hingga ke USA dan akhirnya ke India.
dari India, ia mula dibawa masuk ke Malaya oleh orang-orang India dalam 'British Army' pada tahun 1950'an. Penulis sempat menemui orang pertama memperkenalkan homeopaty di Malaysia. Col A.S. Rajah di Lahore, Pakistan pada tahun 1970, waktu itu Col Rajah telah berusia sekitar 75 tahun dan sempat melihat tulisan beliau tentang homeopathy dalam 'Bahasa Melayu Tulisan Jawi'
Orang Melayu pertama belajar homeopati diIndia semasa belajar agama ia Burhanuddin Helmy.
Kemuncak perkembangan homeopathy ialah bilamana Dr Nik Omar Nik Daud dari Kelantan belajar sistem perubatan ini secara formal di Pakistan Homeopathic Medical College & Trust Hospital dari tahun 1970-1975. Setelah tamat beliau ke England sehingga tahun 1977.
sekembalinya di Malaysia beliau mengembangkan ilmu perubatan ini melalui berbagai aktibiti antaranya tubuh koleh, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia[hingga sekarang], membuka kelnik dimerata tempat, menubuh persatuan homeopathy, menjalankan rawatan percuma, memberi ceramah dikolej dan universiti, khidmat bakti -Doktor Tanpa batasan' diseluroh dunia, mengadakan seminar dan konferen, dll.
Beliau digelar bapak perkembangan homeopati di Malaysia, beliau telah menulsi lebih dari 300 rencana di hampir semua majalah dan akhbar di Malaysia dan antarabangsa.
Lihat laman http://www.geocities.com/fakulti
Perkembangan & pembangunan di Malaysia. Growth & Development
Hasil perjuangan ahli-ahli homeopati Malaysia
Tahun 1950 - 1960an - era Dr Burhanuddin Helmy
1960 - 1970 - era murid-murid Dr Burhanuddin Helmy, Pak Yaakub, Dali Muin, Mohd Noor, Ustaz Ghazali, dll
1975 - 2007 - era perkembangan homeopathy tanah air dipimpin oleh Prof Dr Nik Omar, Dr Mohd Nasir Zain, Dr Mat Zin Abd Rahman, Dr Azmi, Dr Zurharni, Pak Yaakub, Dr Hajjah Faridah, Dr Ghani Sulaiman, Doll Kawaid, Abd Rahman Hashim, Raja, Dr Rashid, H.H. Chan, Zaiton Hussin, Kalthom , Drs. Wan Mohammad Ibrahim, Nasir Othman.
Lihat laman http://nikomar.xaper.com/
- 1975 - 1977 Prof Dr Nik Omar menjadi penasihat perubatan kepada pelajar-pelajar Malaysia di London
- 1977 akhir membuka kelnik homeopati moden yang pertama di Kota Bharu, Kelantan
- 1979 - membuka kolej - fakulti perubatan homeopati Malaysia di kelantan.
- menubohkan pasukan sukarelawan homeopati DRTB
- 1981 - mengadakan Seminar perubatan homeopathy antarabangsa pertama di Malaysia di Kota Bharu
- 1983 - mula mengeluarkan ahli-hali homeo
- 1984 - mengadakan ceramah dan publisiti meluas tentang homeopati
- Menubuhkan Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati
- 1987 - Dr Nik Omar menghantar 4 orang pasukan sukarelawan perubatan pertama ke Pakistan dan Afganistan
- 1988 - menghantar 12 pasukan sukarelawan bantuan banji di nakorn Si Thamarat, Thailand
- tahun 2000 berjaya menubuhkan Institusi / Komplek Homeopathy terbesar di Asia tenggara dengan keluaran 11 ekar berharga lebih dari RM 3 juta.
- tahun 2000 Kementerian Kesihatan ,ula merintis jalan untuk pengiktirafan perubatan alternatif di Malaysia
- 2004 Kementerian Kesihatan menubuhkan Unit khas Perubatan Komplementari dengan diketuai oleh seorang 'pengarah'
- 1981 - 2006 mengadakan lebih dari 30 seminar dan konferen baik peringkat nasional dan juga antarabangsa.
Konsep & Dasar - Concept & Principles of Homeopathy
Dasar Perubatan Homeopathy mengandungi 6 bab
- Doktrin Keseraksian - Law of similar
- Doktrin Ujikaji - Law of Proving on Healthy Human being
- Doktrin Dos Tunggal - Law of Single Dose
- Doktrin Mikro Dos - Law of Minimum Dose
- Doktrin Tenaga hayat - Law of Vital Force
- Doktrin Arah Penyembuhan - Law Direction of Cure
Doktrin Keseraksian - Law of similar
Membawa erti bahawa ubat hendaklah diberi berdasarkan persamaan gejala penyakit dan ubat. Hanya ubat-ubat yang diberi tepat mengikut undang-undang keserasian sahaja dapat menyembuhkan. Jika kekuatan ubat pula diberi betul dan tepat, maka ubat terus pergi ke akar umbi penyakit dan menyembuhkan secara berkekalan.
Doktrin Ujikaji
Semua ubat-ubat homeopati wajib diujikaji terlebih dahulu sebelum digunakan dan ujikaji pula wajib terhadap manusia yang sihat dan tidak boleh diuji kaji terhadap haiwan kerana ubat yang hendak diberi kepada manusia mestilah manusia juga yang tahu nilai kuasa ubat bila diuji.
Mengikut saintis homeopati, anatomi dan fisiologi antara manusia dan haiwan amat berbeza, maka jika ujian dijalankan terhadap haiwan sedangkan ubat untuk diberikan kepada manusia, maka para saintis berpendapat 'ini tidak adil' dan tidak ada persamaan.
Oleh itu semua ubat-ubat homeopati hendaklah diuji pada manusia yang sihat dimakmal-makmal yang mempunyai GMP, ISO 2000 yang terdapat di Germany, Italy, Francem England, USA dan lain-lain. Hampir 100 % ubat-ubat homeopati dimport dari luar negara, cuma di pack saja disini.
Doktrin Mikro Dos
Ubat-ubat yang kuat seperti 500 mg atau 1000 mg mengikut kajian homeopati menggunakan skala Hahnemanian memusnahkan sel-sel dan amat kuat untuk diserapkan oleh sel-sel manusia. Maka setiap ubat homeopati hendaklah dipecahkan molekulnya agar ianya menjadi 'atomic power' dengan kaedah 'potentisation' kita berhasil membuang toksid dalam ubat dan yang ada pada bahan ubat adalah 'kuasa' penyembuhan ubat sahaja. Itulah dinamakan minimum dos.
Dos Tunggal
Setiap ahli homeopati diwajibkan memberi satu ubat sahaja dalam satu waktu dan bukan 3 atau 4 jenis ubat serentak. Ubat yang diberi satu ubat dalam satu waktu dinamakan ' single dose' atau dos tunggal. Itu cara homeopati
Doktrin Tenaga hayat
Yang sakit mengikut homeopati adalah manusia, simtom yang ada adalah 'bahasa isyarat' tubuh badan. Jadi kita hendaklah perhatikan baik-baik gejala simtom yang mana terganggu. Bagi homeopati yang dinama penyakit itu ialah 'lemah tenaga hayat' bila kita tahu bahawa sistem tenaga hayat itu lemah, kita baiki dan letakkan tenaga hayat kembali normal, maka penyakit secara otomatisnya sembuh.
Doktrin Arah Penyembuhan
Arah penyembuhan amat penting jangan sebarangan hentam dengan mana-mana ubat. Kita hendaklah tahu kemana arah tujuan ubat. Biasanya penyembuhan dari atas kebawah, dari kanan ke kiri, dari organ penting ke organ kurang penting.
Jangan mendapkan penyakit dengan ubat sapu, dia baik sementara dan timbul semula, sapu lagi baik, dan timbul lagi.
Homeopati suka kepada penyembuhan yang berkekalan, bukannya pemendapan penyakit.
Dingnosa & Rawatan - Diangosis & Treatment
Cara dignosa mengikut homeopati dengan berpandukan kaedah simtomatologi. iaitu mengamil semua gejala penyakit atau tanda-tanda penyakit, sejarah makan minum, sejarah ibu bapa, suka, tidak suka, melarat, lega, suka ketawa, suka makanan sejuk atau panas, kiri atau kanan penyakit, lama atau barunya kes dan lain-lain yang bunyi aneh tetapi bagi homeopati amat penting.
Ubat yang diberi kelihatan sama dengan orang lain, ubat serupa saja, manis-manis, tetapi hakikatnya 'yang serupa' itu warna dan tabletnya sahaja tetapi 'isi kandungan' ubat adalah berlainan.
Rawatan homeopati memang terkenal dapat menyembuhakn penyakit-penaykit kronik yang gagal disembuhkan dengan cara perubatan lain.
Rawatan homeopati mesra alam dan tidak menyakitkan, ubatnya lembut dan manis [ bukan manis gula tetapi manis glukos ]
Bagi anak-anak G6PD yang tidak boleh menggunakan sebarang drug, amat sesuai digunakan dengan ubat-ubatan homeopati. Kanak-kanak dan perempaun adalah gulong yang paling mustajab dengan ubat-ubat homeopati
Pendidikan Homeopathy - Education & Training
Homeopathy adalah satu sistem perubatan lengkap. Diseluruh dunia terdapat ' Homeopathic Medical Colleges & Universities' Mereka mengajar mengikut sukatan ilmu perubatan homeopati dan hampir semua kolej atau institusi homeopati didunia termasuk Malaysia anjuran Fakulti Perubatan Homeopati mengajar sukatan pelajaran homeopati yang sama lihat laman Malaysia http://www.geocities.com/fakulti
Untuk Diploma - Dilpoma in Faculty of Homeopathy Malaysia - DFHom. 2 tahun [ satu tahun 2 semester ]
Untuk Sarjana - BHMS - Bachelor of Homeopathic Medical System - 4 tahun
Doctor of Homeopathic Medicine - MDHom.
[ Malaysia secara rasminya tidak mahu guna pakai [ tidak iktiraf] kerana apa guna erti pengiktirafan jika tidak ada peluang pekerjaan disektor kerajaan. Pengiktirafan ertinya untuk menyekat kegunaan homeopati di Malaysia ] Bila kerajaan iktiraf Perubatan Melayu atau perubatan China maka kerajaan harus bersedia memberi layanan yang sama dan gaji yang sama kepada kelulusan perubatan alternatif.
Kalau masih belum bersedia untuk memberi layanan sama, gaji sama, maka jangan mengiktiraf.
Akta Perubatan 1971 sudah jelas cara dan kaedah amalan perubatan peribumi. Ikut saja akta itu sudah memadai.
Ubat Homeopathy - Homeopathic Medicine
Hampir semua 100 % ubat homeopathy dibuat mengikut kehendak Cara dan Pembuatan Ubat Homeopathy Antarabangsa - Liga Homeopathica Medicurum Internationalis yang berpusat di Gevena, Switzerland.
Semua ubat mesti mengikut prosedur yang ditetapkan dalam 5 kitab homeopathy .i. i.e.
- The Homeopathic Pharmacopeia of USA
- The British Homeopathic Pharmacopeia
- The France Homeopathic Phrmacopeia
- The Indian Homeopathic Pharmacopeia
- The Indian Homeopathic Pharmacopeia
Ini bererti semua ubat-ubat homeopathy diperbuat oleh kilang-kilang yang mempunyai GMP dan dibuat secara saintifik yang kukuh.
Hospital dan Pusat Perubatan Homeopathy Masyur di Dunia
Homeopathic Hospital & Medical Centre - World wide
- England - The Royal London Homeopathic Hopsital
- Glasgow - The Glasgow Homeopathic Hospital
- Russia - Moscow Homeopathic Polyclinic, Moscow
- France - The France Homeopathic Hospital, Paris
- Ukrine - Kiev Homeopathic Medical Centre
- Argentina - Argentina Homeopathic Hospital
- Paksitan - Pakistan Homeopathic Trust Hospital, Lahore
- Pakistan Centeral Homeopathic Hospital, Karachi { terdapat lebih 25 buah hospital homeopathy di Pakistan ]
- India Homeopathic Hospital Defence Colony, New Delhi [ terdapat lebih 50 buah hospital homeopathy di India ]
- Calcutta Homeopathic Hospital, Calcutta, India
- Homeopathic Medical Centre, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan http://drnikomar.tripod.com/
- Nik Omar Homeopathic Medical Centre, Kg Baru, Kuala Lumpur http://faridah.xaper.com/
- Germany - Homeopathic Hospital, Germany
Penyelidikan Dalam Perubatan Homeopathy - Homeopathic Research
Selama lebih dari 25 tahun melalui Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia (FAHOM) dan Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Malaysia (MRHP) telah telah menjalankan bebagai penyelidikan tentang kaedah perubatan homeopathy dengan menggunakan ubat-ubat homeopati bagi merawat berbagai penyakit di Malaysia.
Lebih dari 100 kajian-kajian telah pun dilaksanakan oleh FAHOM. Kita juga menjalan bebrapa penyelidikan menggunakan berbagi teknik perubatan alternatif untuk merawat pesakit di pusat perubatan kita terutamanya di FAHOm.
Penyelidikan terbesar dan terhebat dibuat untuk menghasilkan satu "Teknik Perubatan Homeopati untuk mendapat zuriat " atau lebih dikenali sebagai "HTI" Keadah ini telah diiktiraf oleh badan-badan homeopati antarabangsa dan telah diguna pakai oleh ahli-ahli homeopati diseluruh dunia. Kita telah menghasilkan lebih dari 5000 bayi melalui kaedah ini.
Lihat dalam laman http://geocities.com/infertility_my
Tujuan Penyelidikan oleh Majlis Fakulti Homeopathy Malaysia
Main Aims and Onbjective of Our Research Council
- Untuk merangka stategi bagi perkembangan homeopati dan rawatan altenatif di Malaysia
- Menjalankan ujian dan penyelidikan keberkesanan ubat homeopati dikalangan pengguna di Malaysia dan rantau Asean
- Mengkoodinasi penyelidikan saintifik dalam merawat kes-kes kronik dalam aspek perubatan homeopati
- Mencari formulasi baru dalam merawat kes-kes kanser, ketumbuhan, sista, nodule dan fibroid mengikut kaedah perubatan homeopati
- Bertukar pendapat dan maklumat dengan pusat-pusat perubatan lain.
- Menjadikan rawatan homeopati dan akupunktur sebagai rawatan pelengkap / alternatif kepada perubatan sedia ada ( allopati)
- Mencetak, menerbit dan menyebarkan bahan-bahan /pamplet mengenai penyakit dan perubatannya bagi mencapai sasaran 'Pendidikan Kesihatan' kepada masyarakat umum
- Mahu menjadikan negara Malaysia 'Helath For All Menjelang 2020"
- Memberi kesedaran kesihatan melalui ceramah, syarahan baik di TV, Multi Media lain dan di kolej serta universiti tempatan dan antarabangsa.
- Mengadakan sebanyak mungkin penyelidikan keberkesanan ubat-ubat homeopati terhadap penyakit-penyakit yang terdapat di Malaysia
[ lebih dari 100 tesis-tesis penyelidikan telah pun siap dicetak dan diterbitkan. Ada dalam simpanan Homeopathic Cyber Library, Fakulti Perubatan Homopathy Malaysia, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan ]
Artikel di ambil dari popularmedicine.blogspot.com