Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Jenis Herba-Bunga Ros

Ros atau mawar dikenali sebagai “Ratu Bunga” dianggap sebagai bunga yang sangat istimewa
dan simbolik dalam kehidupan .Tidak hanya kerana keharumannya, kecantikannya dan
nilai estetikanya tetapi mempunyai nilai teraputik dalam merawati penyakit.

Sejak dari zaman dahulukala Kaum Greek dan Roman menggangap ros sebagai
simbol kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan.

Kesemua bahagian bunga ros mempunyai khasiatnya yang tersendiri samada kelopak, air ros ,
minyak pati ros dan buah bunga ros memberikan kesan transformatif kepada
minda, badan dan pemikiran manusia.

Khasiat Bunga Ros adalah seperti berikut :
  1. Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa.
  2. (Hasil penyelidikan saintis Jerman)
  3. Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent)
  4. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(penenang)
  5. Merawat ulser perut
  6. Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
  7. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.
  8. Merawat jangkitan pada mata.
  9. Meredakan sakit tekak
  10. Merawat infeksi pundi kencing
  11. Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema.
  12. Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
  13. Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
  14. Membantu proses penghadaman
  15. Mengekalkan kesihatan usus
  16. Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit
  17. kardiovaskular.
  18. Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis.
  19. Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
  20. Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.
  21. Merawat cirit-birit
  22. Menghilangkan keletihan
  23. Menghilangkan sakit kepala dan pening.
Related Posts with Thumbnails