Hampir setiap penyakit boleh dirawat dengan Homeopti . Tetapi homeopati lebih dikenali dapat merawat penyakit kronik . Sebab kenapa ia mampu merawat penyakit kronik adalah kerana ia menawarkan rawatan bersifat menyembuh bukan mengurangkan sakit terhadap penyakit yang diumumkan tidak mampu dirawat oleh sistem perubatan lain . Samada ia penyakit kulit , gastrik yang kronik , gangguan pencernaan , sindrom kelesuan yang teruk, migrain , asma , allergik, gangguan kitaran haid, gangguan hormon m arthritis, gangguan psikologi dan lain-lain. Kesemua penyakit tersebut telah terbukti mampu diubati dengan homeopati .
Satu-satunya had sempadan dalam rawatan homeopati ialah ;
1. Perubahan pada patologi dan struktur kasar .
2. Tenaga hayat pesakit yang sangat lemah
3. Kewujudan penyebab atau penghalang yang tidak dapat dielakkan pada penyakit tersebut
Kemudian homeopati juga dikenali kerana menjadikan kaedah pembedahan tidak diperlukan dalam banyak kes-kes yang ditemui . Kes-kes seperti tonsil , adenoid , appendik dan lain-lain telah berjaya diselamatkan oleh homeopati. Benign tumor dan batu karang juga dapat dibantu dengan rawatan homeopati yang berkesan .
Juga kedapatan di dalam dimana rawatan penyembuhan adalah hampir mustahil seperti arthritis , malignan dan lain-lain tetapi melalui homeopati ia benar-benar berkesan dan dapat meningkatkan kualit hidup seseorang pesakit tanpa meletakkan mereka berhadapan dengan risiko kesan sampingan seperti pada ubatan moden yang berasaskan penggunaan wonder-drug .
Hoemopati juga berkesan merawat penyakit akut ( datang mendadak ) Pemilihan penawar yang sesuai dan tepat biasanya mampu merawat dengan lebih cepat pesakit berbanding perubatan lain. Bukan itu sahaja rawatan yang tepat akan dapat mengelakkan penyakit yang dihidapi berulang-ulang kembali dan berubah menjadi penyakit yang kronik.
Sesuatu yang perlu diingat ialah apabila sesuatu kes itu tidak dapat diatasi ia bukan kegagalan homeopati tetapi ia adalah kegagalan homeopath atau pengamal homeopati itu sendiri. Kebanyakan kes kegagalan adalah kerana pemilihan penawar yang tidak bersesuaian atau pemilihan potensi yang tidak tepat atau pengurusan kes yang salah. Jadi jika anda tidak mendapat manfaat dari homeopati jangan salahkan homeopati tetapi salahkan Homeopath itu dahulu .
Artikel di ambil dari Mdarif Hemeopathy Resources
Antara produk yang berasaskan Hemeopathy adalah Alpan,Nomo Spex,Nomo sniz,Nomo Mamolo,Nomo Fet,Matsa,Asmakur Tab,Examo CKM 500,DBless, DGenius, Egenius,Genius Xtra Mind & Soul,