Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Tradisi dan Prinsip Perubatan Herba

Oleh Herbalis Bahrain, RH (AHG)


Apakah yang dimaksudkan dengan ubatan herba?

Ubatan herba berasal dari istilah Inggeris ‘herbal medicine’, bermaksud sejenis sains menggunakan ubatan herba untuk merawat penyakit.

Maksud yang lebih tepat ialah seni dan tradisi menggunakan ubat-ubatan herba dalam usaha mengurangkan kemungkinan untuk mengalami keadaan kesihatan negatif, membantu meredakan keadaan-keadaan kesihatan yang negatif, di samping membantu meningkatkan kualiti kesihatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan herbalis?

Seorang herbalis ialah pengamal dan penyumbang dalam bidang perubatan herba. Mereka memeriksa pesakit dan mengpreskripsi ubatan herba selain menyampaikan pendidikan herbalisme kepada masyarakat.

Pengamal-pengamal herba seluruh dunia terdiri dari perawat-perawat natif (bomoh orang pribumi), pawang (yang menggunakan herba), ahli-ahli sains, pakar naturopath, doktor perubatan holistik, nutritionis, ahli-ahli farmasi, penanam herba, penulis, dan pelbagai jenis individu lain.

Walau bagaimana pun semakin banyak negara yang mewajibkan pengamal-pengamal perubatan berdaftar dengan persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan atau sekurang-kurangnya mempunyai kredibiliti untuk menyuarakan pandangan kepada kerajaan.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan mewajibkan semua herbalis dan pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu berdaftar bertujuan antara lain meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada sistem perubatan tradisional.

Apakah maksud herbalis perubatan?

Herbalis perubatan (medical herbalist) didapati di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Eropah (di sana mereka juag dikenali sebagai fitoterapis). Kursus herbalisme ditawarkan di pelbagai universiti di Eropah dan beberapa kolej baru di Amerika Syarikat. Pada umumnya herbalis perubatan mesti mempelajari penggunaan herba secara tradisional serta asas-asas sains perubatan seperti biokimia, nutrisi, anatomi dan fisiologi, dan sebagainya yang berkaitan selain teknik-teknik mendiognosa dan mengpreskripsi.

Di Amerika Syarikat, herbalis yang berjaya mendapatkan akreditasi oleh American Herbalists Guild ditauliahkan dengan status professional dan mendapat hak untuk menggunakan pangkat RH (AHG) dan boleh disambung di bahagian hujung nama mereka. RH (AHG) merujuk kepada Registered Herbalist (American Herbalists Guild).

Berikut adalah pangkat/gelaran yang diberikan kepada herbalis perubatan seluruh dunia:

RH (AHG): Ahli Profesional, American Herbalists Guild (Amerika Syarikat)
MCPP: Ahli, College of Practitioners of Phytotherapy
MNIMH: Ahli, National Institute of Medical Herbalists (UK)
FNIMH: Fellow, National Institute of Medical Herbalists (UK)
FNHAA: Fellow, National Herbalists Association of Australia

Gelaran yang diberikan kepada herbalis di Malaysia:

MSCT: Ahli, Malaysian Society for Complementary Therapies (berstatus
profesional)

Herbalis yang sudah sedia menerima gelaran MNIMH, FNIMH, FNHAA mudah untuk diterima (proses singkat) sebagai ahli profesional American Herbalists Guild.

Ahli MSCT masih tidak diiktiraf sebagai herbalis professional oleh AHG secara langsung dan perlu melalui proses normal untuk mendapatkan akreditasi gelaran ahli profesional persatuan tersebut.

Antara punca tidak diiktiraf secara langsung dipercayai kerana tahap pendidikan dan praktikal formal dan tidak formal yang dikehendaki oleh AHG, IMH, dan NHAA adalah jauh lebih tinggi dibandingkan dengan tahap kelayakan untuk menerima tauliah dari MSCT.

Apakah Persatuan Terapi Komplementari Malaysia (PTKM)

PTKM ialah sebuah persatuan yang diiktiraf dan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat pelbagai jenis persatuan dengan pelbagai modaliti bergabung di bawah PTKM termasuklah Chapter Fitoterapi.

Ahli-ahli chapter adalah pengamal berstatus profesional termasuk herbalis atau fitoterapis. Setiap pengamal perlu memiliki kelayakan akademik yang minima seperti yang dikehendaki oleh setiap chapter sebagai salah satu syarat kelayakan untuk diterima sebagai ahli.

Apakah Putramas?

Putramas ialah sebuah persatuan pengamal-pengamal perubatan herba tradisional Melayu, Malaysia.

Ahli-ahli yang bergabung di bawah persatuan ini biasanya ialah mereka yang mengamalkan ilmu perubatan tradisional herba Melayu/nusantara. Untuk mengetahui syarat kelayakan untuk menyertainya sila hubungi persatuan tersebut yang setakat ini belum memiliki sebarang laman web.

Apakah perbezaan antara pengamal ditauliah oleh Putramas dan PTKM?

Pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu mengamalkan kaedah penjagaan kesihatan berlandaskan perawatan tradisional Melayu manakala pengamal-pengamal herbalisme yang ditauliah oleh PTKM mengamalkan kaedah penjagaan kesihataan herbalisme barat.

Walau bagaimana pun setiap pengamal perawatan boleh mengamalkan kaedah-kaedah penjagaan kesihatan menggunakan herba dari tradisi-tradisi lain. Sesetengah pengamal kaedah penjagaan kesihatan yang rajin sentiasa melanjutkan pendidikan dalam pelbagai bidang samada secara formal atau belajar sendiri (self-taught).

Bolehkah herbalis atau pengamal perubatan herba Melayu digelar doktor?

Menurut panduan etika pengamalan, herbalis atau sebarang pengamal modaliti lain tidak dibenarkan untuk menggunakan gelaran doktor dipangkal nama mereka. Begitu juga pengamal yang memiliki PhD. Mereka boleh menyambung dihujung nama contohnya dalam kad nama. Ia bertujuan supaya masyarakat tidak keliru dengan gelaran doktor perubatan moden yang berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia. Dengan lain perkataan hanya doktor yang mendapat ijazah formal kedoktoran layak menggunakan gelaran doktor dipangkal nama mereka.

Apakah jenis-jenis perubatan tradisional utama dunia?

Setiap masyarakat di serata dunia memiliki tradisi herba yang berevolusi pada jangka panjang.

Tradisi herba utama dunia termasuk Perubatan Tradisional China, Perubatan Tradisional Ayurvedik, Fitoterapi Eropah, naturopathi, perubatan elektik, Perubatan natif Amerika (sistem perubatan orang pribumi Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan), perubatan Arab, Perubatan Tradisional Afrika dan pelbagai jenis sistem perubatan lain.

Sistem-sistem perubatan terkenal melahirkan ‘doktor’, pelbagai teori, ubat-ubatan, serta piawaian untuk pengamalan.

Di Malaysia kita ada sistem perubatan herba tradisional Melayu.

Kebanyakan sistem perubatan tradisional dunia dibukukan seperti Perubatan Tradisonal China, Perubatan Tradisional Ayurvedik, dan Fitoterapi Eropah.

Maklumat tradisi herba Melayu masih lagi kurang. Usaha perlu dijalankan oleh kerajaan,badan-badan kerajaan, saintis, herbalis, pengamal perubatan herba Melayu dan penerbit buku untuk membukukan maklumat mengenai tradisi herba Melayu supaya ia boleh dijadikan rujukan sepanjang zaman bukan sahaja oleh pengamal-pengamal tetapi oleh orang awam dan pengamal-pengamal negara lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan perubatan naturopath?

Perubatan naturopath mengintegrasi bahan-bahan memiliki kesan parawatan tradisional (traditional natural therapeutics) dengan teknik-teknik mendiagnosa perubatan sains moden dan piawaian-piawaian penjagaan kesihatan.

Pakar-pakar naturopath biasanya melalui kursus pra-perubatan kemudian menyambung pelajaran di kolej-kolej naturopathi. Apabila tamat pengajian mereka dianugerah gelaran N.D., iaitu doctor of naturopathic medicine dan sekarang. Selain kolej-kolej yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat terdapat pelbagai kolej di Amerika Syarikat yang menawarkan kursus jarak jauh.

Adakah falsafah berasaskan kesemulajadian dan kerohanian yang digunapakai oleh sistem-sistem perubatan herba tradisional lebih baik dari sains?

Pada pandangan saya kedua-duanya saling diperlukan. Perubatan herba perlu kepada rasionalisasi dan proses pengamalan. Begitu juga sains memerlukan asas falsafah.

Herbalisme ialah sejenis penjagaan kesihatan komplementari yang perlu menitikberatkan keupayaan dan kekuasaan pengaruh semulajadi dalam memulihara kesihatan atau meredakan keadaan kesihatan yang dialami. Manusia tidak wujud secara bersendirian dalam alam yang sentiasa dinamis. Manusia bukan hanya wujud dalam bentuk tubuh, akal dan emosi tetapi keperluan kepada merealisasi kehendak kerohanian. Tubuh, akal emosi bukan sahaja berinteraksi dengan alam bahkan ia memerlukan kesejahteraan kerohanian.

Didikan terhadap roh mempunyai pengaruh besar kepada tiga elemen iaitu tubuh, akal dan emosi. Salah satu penemuan sains menunjukkan bahawa individu-invidu yang kuat berugama dan cenderung mendidik rohani dan sering berusaha untuk menyayangi orang lain didapati lebih sihat dari orang-orang yang kurang menjalankan ugama. Mereka kurang mengalami kanser, serangan jantung, dan mereka hidup lebih lama.

Dari sudut ugama Islam jika diperhatikan individu-individu yang faham dan menjalankan ugama Allah menjadikan sabar sebagai antara elemen utama dalam pelbagai aspek kehidupan. Tahap kesabaran yang diasuh sekian lama menjadikan mereka berupaya mengangani sebarang jenis situasi dengan tenang. Tenang ialah lawan kepada stress. Sering mengalami stres adalah antara faktor penyumbang (secara langsung atau tidak langsung) kepada pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit-penyakit degeneratif.

Antara produk berasaskan Herba ialah Jus Ambar,Minyak Ambar Kenanga, Wanita, Lasak, set bersalin Ibu, Gadis, Amazing, Nig'Ella, Bidadari, Q-She, Inte-cleanse,ry-Ilex, Femina,Phos-X,Jitra dan Griptite

Artikel di ambil dari herbalisme.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails