Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Asmakur & Asmakur Tab

Keterangan Produk:
Diperbuat daripada beberpa jenis herba dan rempah-rempah dengan perisa strawberi sesuai untuk seisi keluarga.

Keistimewaan:
  1. melegakan sistem pernafasan
  2. melokah kahak
  3. menghilangkan keradangan
  4. meredakan batuk dan kerengsaan tekak
  5. melonggarkan pernafasan dan kesesakan dada
Cara minum:
Kanak-kanak (lebih dari 1 tahun): 1 sudu teh
Dewasa: 1-2 sudu besar

Ambil 3-4 kali sehari bila datang serangan

Asmakur Tab
Keterangan Produk:
ASMAKUR TABS adalah ubat yang dirumus daripada remedi Homeopati untuk mengatasi masalah asma (lelah), semput, kesulitan bernafas, kelendiran (balgham) sistem pernafasan dengan simpton-simptom nafas tohor, cepat semput, nafas bunyi mendesis, menciut atau bersiul, melarat waktu malam atau berbaring, gelema atau kahak banyak, loya dan muntah, muka pucat, lidah berselaput putih, melokahkan kahak dan meringankan batuk.

ASMAKUR TABS adalah lebih berkesan jika digunakan bersama ASMAKUR dan bolehlah dianggap sebagai produk tambahan kepada ASMAKUR untuk mempercepatkan proses kesembuhan daripada gangguan lelah atau asma.

Asma merupakan suatu keadaan yang kronik. Walaupun kita merasakan sudah sembuh seketika, sebenarnya berlaku inflamasi di saluran udara pada setiap masa tanpa disedari.

Asma alergi
Berlaku kerap di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Biasa berlaku di kalangan mereka yang berumur kurang dari 35 tahun. Asma akan berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada faktor-faktor yang menyebabkan ia alergi seperti bulu binatang, debu, habuk dan sebagainya.

Asma biasa
Kerap berlaku di kalangan orang pertengahan umur. Berlaku selepas senaman, udara sejuk ataupun akibat jangkitan saluran pernafasan.

Apakah Serangan Asma?
Sewaktu bernafas udara dibawa masuk melalui hidung. Selepas dipanas dan ditapis, udara yang lembab disalurkan ke dalam trakea melalui kerongkong. Trakea terbahagi kepada dua saluran yang besar iaitu bronkus kanan dan kiri. Ia kemudian berpecah kepada ribuan lagi laluan udara yang kecil dikenali sebagai bronkiol. Bahagian inilah yang dikaitkan dengan masalah asma.

Simptom asma berlaku dengan serangan yang akut sehinggalah ke peringkat kronik. Sesetengah hanya mengalami gejala asma bermusim, melarat akibat terdedah kepada faktor yang menyebabkan alergi dan ada yang menghidap asma sepanjang masa.

Asma melibatkan kondisi pengaliran udara ke paru-paru. Sekiranya seseorang itu menghidap asma, bermakna berlaku inflamasi pada saluran pernafasan dan ia akan menjadi kecil, merah dan membengkak. Ini menjadikan ia sensitif kepada beberapa punca yang boleh merangsang simptom-simptom asma.

Pengecilan aliran udara berlaku kerana:
  1. Otot paru-paru yang mengetat
  2. Saluran udara membengkak
  3. Cecair (mukus), pada saluran udara terperangkap, menjadikan seseorang itu perlu bernafas dalam-dalam. Orang yang menghidap asma juga kerap batuk bergelema.

Simptom-simptom asma:
Batuk
Kerap berlaku tetapi kurang diendahkan. Orang sihat tidak batuk kecualilah ada sesuatu di dalam tekak atau akibat kesejukan.

Nafas
Bunyi berdesit akan kedengaran sewaktu bernafas.

Ketat dada
Aduan yang kerap didengar oleh penghidap asma akibat dari peningkatan tekanan pada paru-paru kerana kesukaran mengepam udara keluar dari saluran yang sempit.

Semput
Rasa bernafas tidak habis


Related Posts with Thumbnails