Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Diafood & DiafoodTabs

Keterangan Produk:

Serbuk minuman ini adalah terdiri daripada campuran kacang soya, kacang hijau, kacang dal, biji badam dan susu tanpa lemak.

Keistimewaan:
Di antara khasiat bahan-bahan yang terkandung di dalam Nadya Diafood:

Kacang Soya
Menurut Dr S.J. Signh, bagi setiap 100 gm kacang soya (Glycine Max), terdapat 41.3g protein, 19.5g lemak, 4.6g mineral, 3.7g fiber, 240mg kalsium, 690mg fosforus, 11.5mg zat besi, 1.9g kalium dan boleh memberikan 432 kalori tenaga. Kajian dijalankan di Amerika Syarikat ke atas kacang soya menunjukkan bahawa protein kacang soya adala hberkualiti tinggi dan berupaya menggantikan protein dari sumber-sumber lain termasuklah protein dari susu.
Kacang soya mengandungi asid amino yang pada kebiasaannya tidak terdapat di dalam kekacang dan bijirin lain.

Dalam setiap 100gm kacang soya terdapat:
710 IU vitamin A
0.73mg Tiamin
0.76mg Riboflavin
2.4mg asid Nikotinik
1.68mg asid Pantotenik
0.64mg Piridoksin
6.11mg vitamin E

Di samping Biotin dan asid folik dalam kuantiti surih kacang soya didapati mengandungi nilai pemakanan yang tinggi untuk penghidap diabetes. Ini kerana kacang soya mengandungi terlalu sedikit kanji tetapi kaya dengan lemak dan protein berkualliti tinggi. Menurut kajian Friedenwald dan Ruhrah (1910), diet kacang soya bagi pesakit diabetes telah menurun peratus keseluruhan gula dalam urin pesakit.

Diet kacang soya ini juga baik untuk masalah ekzema dan masalah kulit yang lain. Penggunaan protein haiwan boleh meningkatkan potensi berlakunya keradangan kulit berbanding protein kacang soya. Protein kacang soya sebaliknya bebas daripada kesan sensitif dan reaksi alergi kulit. Menurut pakar kulit, Dr Bulkey dari New York, diet kacang soya telah mengurangkan kegatalan kulit dengan begitu cepat dan seterusnya hilang dalam beberapa hari sahaja.

Buah Badam
Buah badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Terdapat juga vitamin A dan B di samping kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu ia tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dari itu badam boleh dianggap sebagai makanan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampir-hampir menyamai mentega.

Badam amat baik untuk pesakit Diabetes kerana tidak mengandungi kanji. Selain itu, badam juga berguna dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan dalam intestin, cirit busuk (putrid diarrhoea), anemia skunder dan keasidan badan (hyperacidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan otak di dalam tugasan harian.

Kacang Hijau
Kacang hijau boleh meningkatkan penggunaan glukos di dalam badan. Menurut kajian yang dijalankan di makmal C.F.T.R.I, Mysore, India, pesakit diabetik kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau, telah menunjukkan penurunan ke atas keperluan terhadap insulin menjadi 20 unit sehari.
Kajian juga menunjukan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah (fasting blood sugar levels), toleransi glukos, kandungan gula urin dan keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk melegakan kembung perut dan kencing tertahan.

Kacang Dal
Kacang dal lazat dan menyejukkan di samping mempunyai ciri-ciri afrodisiak dan ketonikkan yang baik untuk saraf. Ia juga berguna dalam kes-kes kelemahan seminal (seminal debility), leukorea dan diabetes. Dalam kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan Teknologi Makanan Pusat India, kehadiran kacang dal di dalam diet biasa telah berupaya menurunkan kandungan gula di dalam darah.

Cara guna:
Dibancuh dengan air panas dan minum. Boleh dijadikan campuran dalam adunan untuk membuat pankek, kuih dan pelbagai pencuci mulut lain.

Diafood Tabs

Keterangan Produk:
Merupakan alternatif kepa
da individu yang tidak boleh minum Nadya Diafood. Ia merupakan makanan kekacang untuk membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis (diaebetes).

Keistimewaan:
Diafood Tabs juga sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak
kerana ia mempunyai nilai pemakanan (food value) yang tinggi. Ia juga mengandungi beberapa mineral seperti kalsium, kalium, fosforus dan vitamin A, C dan E. Diafood Tabs juga boleh diamalkan untuk merawat beberapa masalah lain seperti kegemukan, simptom pramenopaus dan mengawal tekanan perasaan.

Cara guna:
Kunyah 2 tablet 2 kali sehari

Cara simpan:
Tutup ketat. Simpan ditempat kering pada suhu bilik.

Related Posts with Thumbnails