Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Testimoni Produk DCL

TESTIMONI 1

Saya juga malu untuk memakai baju tanpa lengan di rumah kerana kulit di bahagian bawah lengan pecah-pecah akibat penahanan air yang berlaku (water retention). Lengan saya amat hodoh. Kelihatan seperti dikelar-kelar dan bahagian dalam kulit yang nipis ini pula, seperti telah mati. Dicubit, ditarik, sudah tidak rasa apa-apa. Contoh rupanya seperti Roti Perancis (French Loaf) di mana bahagian permukaan di kelar-kelar sebelum dibakar. Dan selepas dibakar, kelar-kelar tersebut akan kelihatan dengan lebih ketara dan berkedut-kedut/berlapis-lapis sedangkan kulit luar roti itu licin sahaja. Berbagai jenis gel atau krim telah saya cuba untuk disapu agar dapat mengurangkan keadaan kulit yang pecah dan menggelambir ini. Namun, Mungkin kerana kulit yang pecah-pecah ini sudah mati maka susah untuk saya mengurangkan saiz lengan saya yang besar dan menggelambir.

TESTIMONI 2

Masalah bermula selepas melahirkan anak pertama secara pembedahan 14 tahun yang lalu. Semenjak itu, masalah kesihatan semakin teruk tanpa disedari. Saya mula mengidap Insomia kerana asyik terjaga di waktu malam kerana menyusukan anak. Semakin lama, semakin sukar untuk tidur dengan nyenyak. Mudah sangat terjaga walau terdengar bunyi yang perlahan. Kesemua empat anak saya, saya menyusukan sendiri sehingga berumur 2 tahun lebih (kecuali yg sulung sehinnga 8 bulan shj). Semenjak mula mengambil nuage, perubahan agak begitu ketara. Selang 2 malam, saya sudah dapat tidur yang nyenyak. Saya dapat mencapai Rapid Eye Movement (REM). Saya menjalani pembedahan caesarean sebanyak 3 kali. Yg sulung dibius sepenuhanya. Anak yang ke 3 dan ke 4 (2 tahun 5 bulan sekarang) adalah secara ?Spinal? (bius separuh badan). Luka akibat pembedahan demi pembedahan, sudah pasti lambat atau susah untuk sembuh sepenuhnya. Sejak melahirkan anak yang pertama, saya mengalami masalah urat. Urat yang tegang dibeberapa bahagian badan, sengal, ngilu, sakit, bengkak dan lain-lain lagi. Spinal/bius 2 kali di tempat yang sama, mengakibatkan urat di bahagian antara tulang belakang dan tengah pinggang sentiasa bengkak dan sakit. Lebih menyeksakan apabila hampir pra PMS. Bidan ada mengatakan yang bengkak di situ akan sentiasa ada. Urat kaki sebelah kanan dari tulang sendi punggung hingga ke betis, sentiasa rasa seperti tegang dan sakit. Bila sudah mencangkung, susah untuk berdiri semula..pasti kaki kanan seperti lemah. Saya tidak boleh membongkok atau rukuk lebih dari 3 minit. Hampir setiap malam sebelum tidur, saya wajib menyapu minyak angin pada bahagian betis dan pinggang. Kadang-kala perkhidmatan anak-anak untuk memijak-mijak kaki saya sebelum tidur amat diperlukan. Saya juga pernah mengurut dengan tukang urut lelaki (tanpa perlu membuka pakaian maupun tudung) yang mengatakan saya ini KEBAL, sebab saya boleh menanggung kesakitan urat yg tegang, keras, masuk angin dan lain-lain sekian lama. Alhamdulillah..tanpa disangka, hampir 90% masalah saya beransur hilang dengan pengambilan nuage. Tiada lagi rasa ngilu di bahagian bekas jahit dan sakit. Bengkak di bahagian spinal sudah hilang. Saya tidak perlu menyapu minyak angin selalu. Tak perlu lagi pantang makan sayur-sayur yang sejuk.

TESTIMONI 3

Saya dan anak perempuan saya yang berumur 11 tahun mencuba Amazing. Setalah 2 hari meminumnya megikut peraturan, saya dan anak saya mula merasakan perubahan. Anak saya asyik ke bilik air dan muntah sehari 2-3x. Selalunya dia akan muntah bila dia demam dan sakit tonsil. Tapi kali ini tak demam, tapi asyik muntah dan katanya dia muntahkan kahak. Begitu juga dengan saya. Setiap kali ke bilik air untuk mandi, wuduk atau buang air, pasti akan batuk yang macam orang sakit TB pulak. Bila batuk, akan keluarkan kahak yg agak banyak dan tidak tahu datangnya dari mana. Maksud saya, saya tidak batuk atau selsema untuk tempoh yang lama. Tetapi kali ini, agak lain pula. Hampir seminggu kami berkedaan begitu, sehingga serak suara saya. Baru saya teringat 3 tahun lepas, sepanjang tempoh mengandung anak yg bongsu, saya mengidap asma dengan agak begitu serius sehingga terpaksa menggunakan 'inhealer'. Saya pasti, segala lendir di dalam paru-paru itulah yang dikeluarkan sebagai kahak. Saya minum air yg banyak. Sekarang, anak-anak saya tidak lagi mengidap tonsil yang selalu menyerang hampir 2-3 bulan sekali dan akan menyebabkan mereka selalu demam.

TESTIMONI 4

Saya Pn. Z, menghadapi masalah susah membuang air besar. Sudah bermacam-macam produk diluar sana saya cuba tetapi tiada kesan seperti yang saya inginkan. Perut menjadi buncit penuh dgn angin dan kotoran. Saya sentiasa mempunyai masalah sakit perut, senak ,memulas-mulas dan angin. Selepas kwn saya mengenalkan saya produk DCl nie, selepas 8jam saya makan MADU AMAZING, memang tidak sangka saya tidak berhanti terkentut-kentut dan buang air besar dgn byk sekali. Sekarang, alhamdulillah saya tiada masalah lagi.


TESTIMONI 5

Saya sudah pun mencuba guara coffee ni selama 3 minggu dan saya minum 2 kali sehari pagi dan petang. Saya amat terkejut sekali bila timbang berat badan semalam, berat saya sudah pun berkurangan sebanyak 5kg…Patutlah baju2 saya dah longgar…ditambah lagi semasa puasa ni dan mengambil guara coffee semasa bersahur, kenyang hingga berbuka..bila nak berbuka pun, tengok makanan pun dah tak heran dah. Terkejut betul, saya tak sangka sungguh saya sudah kehilangan berat sebanyak 5kg dalam 3 minggu selama saya minum guara coffee ni…kalau macam ni lah keputusan dan hasil selepas minum guara coffee ni, saya akan terus minumnya sehingga berat badan saya ke tahap ideal.

TESTIMONI 6

Mula-mula amik Guara cafe on the 4th April 2005...Mula2 tu lambat gak nampak jasil...jarum penimbang tu cam berat je nak turun..tapi setelah seminggu Siska tak naik atas penimbang tu...terkejut gak..turun 8 kg..So..almost 1 1/2 bulan amik..berulang kali gak naik atas penimbang tu kot2 dia rosak.. But I noticed...sejak amik GC ni..desire nak makan nasi tu kureng sikit...mkn pun sebab terpaksa..tu pun weekend je So..pada sesapa yg belum try GC ni..cubalah...so far tak de lak side effect...In fact kencing

TESTIMONI
7

Masalah : Kerap demam, kurang selera makan, sembelit, kuat menangis dan merajuk

Catatan : Saya telah mencuba D-GENIUS pada anak saya setelah di perkenalkan oleh makcik. Setelah
mencubanya saya dapati masalah anak saya yang no 2. yang berumur 3 tahun seperti kerap demam dan sembelit sudah dapat diatasi. Dulu anak saya selalu demam dan selalu jugalah masuk hospital. Nak buang air besar pun susah dan kadang2 dia menangis masa meneran...Anak saya yang sulong yang berumur 4 tahun pun dah menampakkan perubahan....yang ketara sekali ialah bab makan. Kalau dulu nak makan pun kena paksa.Sekarang nih dia yang mintak nak makan tuhlah nihlah...dah tak cerewet lagi. Merajuk dan menangis pun dah kurang...kalau tak asyik lari masuk bilik bila orang tegur sikit. Lagi satu yang saya perasan anak saya sekarang senang nak mandi. Kalau dulu punyalah payah, menangis2...sampai kena paksa ...jirus dengan air, sekarang nih dia yang tanya bila nak mandi plak.....Alhamdulillah.Terima Kasih D-GENIUS kerana menyelesaikan masalah saya.

TESTIMONI 8

Masalah : Semput, Lelah, Batuk, Selsema & Kurang aktif

Sepanjang 6 tahun anak saya terpaksa menanggung masalah penyakit seperti lelah, batuk, selsema dan semput. Bila dia semput membuatkan saya tidak tidur malam. Batuknya kadang-kadang keluar darah. Selepas mengambil D-GENIUS semua masalah penyakitnya telah mula berkurangan bahkan mula aktif dengan pelajarannya.

TESTIMONI 9

Masalah : Hyperaktif, kuat merajuk dan menangis, kurang fokus dalam pelajaran, cakap pelat

Anak sulong PA baru berumur 2 thn setengah. Sebelum nih, mmg cakap pelat sungguh2...tak fokus, bila di ajar tak nak ikut, buat dekkk jer..pastu hyperaktif sangat2..kuat menangis...dan segala yg seangkatan dengannya.. Pa mula bagi D-GENIUS nih pada dia awal tahun 2005..mmg dia suka, sebab rasa dia manis..2 biji pagi dan 2 biji malam..constantly bagi..hasilnya..dalam masa 2 minggu dah nampak perubahan..dia lebih fokus bila di ajar..mendengar kata, kalau disuruh tolong buat something cepat2 dia pegi buat, kiranya mmg rajin laa...becok bercakap dan tak pelat lagi..cepat tangkap apa yg diajar dari buku, tv, lagu2 dsb. Even skang nih PA ajar dia anggota tubuh manusia, nama2 haiwan, buah2an, angka2 dalam BAHASA ARAB..dan Alhamdulillah..bila dia nampak haiwan atau kita tanya ttg anggota badan dalam bahasa Arab, dia dah boleh recognise dan sebut..begitu juga dalam bahasa Inggeris.. Ikan=Fish=Samakun...Alhamdulillah...syukur sesangat..dan everyday, dia sentiasa mintak nak makan D-Brain tu..dah kurang kehyperaktifan dia, kurang melalak...dan lebih penyayang serta boleh bertolak ansur.. Skang PA bagik D-GENIUS pada adiknya yg umur 1 1/2 thn...dia pun sama nk ikut apa2 perkataan yg kakaknya sebut...Alhamdulillah..

Related Posts with Thumbnails