Create your own banner at mybannermaker.com!
Business Affiliate ProgramsCouponsPersonalsAdvertisingShopping

Nomo Gaz & Gastrolac

Keterangan Produk:

Oleh kerana diet orang orang Malaysia yang lazimnya tediri daripada makanan yang berperencah mengandungi rempah-rempahan yang pedas, jeruk, asam dan lain-lain maka mereka terdedah kepada pelbagai masalah yang berkait dengan sistem pencernaan. Makanan tersebut jika diambil secara sederhana, bukan sahaja diboleh, malah digalakkan kerana banyak penyelidikan mutakhir menunjukkan pengambilan makanan berempah dan bercili adalah baik untuk mencegah kanser.

Antara masalah yang mudah timbul akibat pengambilan makanan itu tadi secara berlebihan, ialah gangguan gaster. Bagi mereka yang menghidap gastritis, antara tanda awalnya ialah tanda sakit di dalam perut (gaster. Sakit ini digelar gastralgia. Sakitnya jenis berdenyut dan kangkala dengan rasa panas membakar di dalam perut. Terdapat juga kes-kes di mana seseorang itu menghidap gastritis akan tetapi tidak terasa sakit.

Gastritis boleh dikelaskan secara mudah kepada dua:
1.Gastritis akut
2.Gastritis kronik

Antara simptom gastritis akut ialah rasa tidak selesa dalam perut, abdomen kembung, sakit kepala, mual, loya, lidah berselaput dan rasa tak sedap pada lidah. Keadaan yang lebih teruk menimbulkan demam, muntah dan kadangkala berdarah perut.

Gastritis kronik pula boleh melahirkan simptom-simptom seperti rasa tak sedap dalam mulut, lidah berselaput, nafas busuk, sendawa lepas makan, jeluak makanan atau cecair lepas makan rasa lembut atas perut, loya dan letih, lesu fikiran dan tubuh. Gangguan ini boleh berlaku akbat salah makan, terlalu banyak makanan berminyak atau makanan yang digoreng, lebih makan, makan cepat, minum terlampau banyak air sewaktu makan, minuman sejuk, makan tidak menurut jadual, perencah mengandungi rempah, lada dan cili dalam makanan, hisap rokok atau minuman keras atau makan sedang dalam keadaan bimbang atau terlalu letih. Dinding perut mungkin menipis sehingga merosakkan kelenjar yang mengeluarkan asid hidroklorik dan pepsin, iaitu juzuk aktif dalam jus gaster.

Gastritis biasanya tidak begitu rumit untuk dirawati. Akan tetapi jika keadaan itu berbiar begitu lama atau pesakit tidak mendapat rawatan dengan sempurna ataupun mendapat rawatan supresif (menekan), tibul dalam keadaan teruk ialah dimana mukus (lendir) keluar dengan banyak, lekang sel0sel mukus epithelium, dinding perut mengeras, menanah atau tumbuh polipus. Keadaan ini lebih teruk apabila timbul ulser di dinding perut, atau terjadi atrofi (tisu menjadi rosak dan mati) yang kemudiannya boleh pula mengakibatkan musnah kelenjar peptik atau mungkin hingga terbentuk kanser jenis karsinoma.

Setelah berbelas tahun merawat kes-kes gastritis, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan ubat yang diberi nama NOMO GAZ untuk mengatasi masalah gaster. Menurut pengalaman, masalah gaster yang ringan akan sembuh apabila diguna ubat ini. Namun demikian, jika sekiranya masalah gaster masih terdapat setelah pesakit menggunakannya, maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada Prof. Dr. Azizan sendiri, agar dapat beliau usahakan remedi lain yang lebih sesuai dan tepat dengan kes berkenaan.


Cara Makan:
Dikemam atas lidah 1 tablet setiap kali. Makan 1 biji pagi dan 1 biji malam. Makan selama 3 hari, berhenti 3 hari. Ikut aturan sehingga habis. Boleh berhenti langsung apabila terasa lega dan sambung semula apabila gastritis menyerang semula.

Pantang Larang:
Semasa sedah berubat, elakkan minum kopi, makanan pedas dan masam, rempah-rempahan, masakan kari, cili, sambal, air bergas, makanan berminyak atau digoreng. Apabila sudah sembuh, bolehlan dimakan perkara-perkara itu dengan sangat sederhana.

Amalan yang digalakkan:
Minum air rebusan barli yang ditambah sedikit gula merah bagi menggantikan kopi dan teh. Amalkan minum segelas air suam sebelum masuk tidur. Buah betik sangat baik dimakan setiap hari.

Cara menyimpan:
Tutup ketat. Tidak perlu di simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau kuat.

Nasihat Tambahan:
Disaran makan bersama GASTRO-LAC. Jikalau masalah gaster yang dihidapi itu sangat serius, anda dinasihatkan mendapat rawatan daripada pihak klinik PPHB PDA. Jika anda gunakan NOMO GAZ tetapi tidak nampak ia memberi kesan nyata, mungkin anda menghadapi masalah lain yang di luar keupayaan NOMO GAZ.

Gastrolac
Harga:RM25.00

Keterangan Produk:
GASTRO-LAC dapat mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil dalam perut. Apabila asid dalam perut berkurangan, proses penghadaman turut menurun. Dengan itu pencernaan makanan di dalam usus akan berlaku dengan lebih sempurna lagi. GASTRO-LAC mengandungi prebiotik dan garam tisu biokimia untuk membantu sistem penghadaman.

Gastritis atau radang gaster (gastric) menerbitkan simptom seperti rasa pedih nyeri di hulu hati, mual, muntah-muntah, cirit-birit, kembung dan cepat kenyang selepas makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Pemakanan dan stress sering dikaitkan dengan masalah gastrik. Kini satu lagi penyebab gastrik telah dikenal pasti iaitu bakteria Helibacter pylori (H.Pylori). Bakteria ini mudah hidup di dalam perut yang berasid. GASTRO-LAC mengandungi bakteria baik di dalamnya yang boleh menghasilkan asid organik untuk merencat pembiakan mikrob pathogen seperti H.Pylori tadi. Penggunaan GASTRO-LAC sebagai suplemen akan melegakan masalah usus.

Kembung berlaku apabila bertambahnya jumlah gas di dalam sistem gastrousus. Gas-gas yang terbentuk hasil dari fermentasi (penapaian) dan pembusukan makanan yang tidak terhadam disebabkan oleh bakteria berbahaya di dalam usus. Kembung juga dikaitkan dengan masalah laktosa dan bakteria berbahaya yang terlalu banyak. Sakit hulu hati merupakan sensasi rasa sakit pada bahagian esofagus yang disebabkan oleh asid dari perut. GASTRO-LAC boleh menaikkan keasidan kolon untuk mengatasi masalah tersebut serta menjaga kesihatan sistem penghadaman.

GASTRO-LAC juga mengandungi kalium, kalsium, fosfours, vitamin B1, B2, B3, B12 dan vitamin D, untuk memelihara kesihatan usus, tulang dan gigi, mengatasi keletihan, sakit bahagian abdomen, konstipasi (sembelit), gangguan tidur, kabur penglihatan, cirit-birit, masalah kulit dan anemia.

Cara penyediaan
Masukkan 3 sudu yang disediakan (30gm) GASTRO-LAC ke dalam bekas. Tambahkan 1 gelas air panas. Kacau hingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi.

Cara Simpan
Tutup ketat, simpan di tempat sejuk dan kering.
Related Posts with Thumbnails